bOLLy ENn - Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang – ya - shiu, Lang - chia-shu (Chinese: 狼牙脩), Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore). Mengikut catatan
pelawat-pelawat China yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri
Asia Tenggara pada abad ke-2 Masihi, “Lang – ya - shiu” atau Langkasuka (Paul
Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu.
Berpandukan
catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang
terletak di pantai timur Semenanjung Tanah MALAyu antara Senggora (Songkhla)
dan Kelantan itu
adalah lokasi asal negeri Patani.
Langkasuka
ialah sebuah kerajaan Hindu Malayu silam
yg terletak di Semenanjung Tanah Malayu. Kerajaan ini yang bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan
merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah
Malayu.
Mengikut
satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi. Legenda orang Malayu
mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah,
dan kemudian berpindah ke Pattani.
Persoalan
bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh
para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas
mengenainya !?
Dipercayai
bahawa Langkawi mendapat
namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak
tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai
"Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi.
Nama
Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Malayu dan Jawa, sementara tulisan-tulisan dari China pernah menyebut
sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu.
Pada
tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan
dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta - duta yang dihantar pada tahun 523, 531 & 568 Masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan
negeri naungan kpd Kerajaan Srivijaya &
pada kurun ke-15 ia digantikan dengan Kerajaan
Pattani.
Pada
tahun 1963, Stewart
Wavell mengetuai satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan Tambralinga.
Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "The Naga King's Daughter",
terbitan Antara Books.
Patani
Darussalam & Langkasuka
Negeri Patani memiliki
sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri lain
di Semenanjung Tanah Malayu seperti:
Johor dan
Sejarah
lama Patani yang merujuk kepada kerajaan Malayu tua pengaruh Hindu - India bernama
Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di
Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat
beliau ini didukung oleh sejarawan lain seperti Prof. Zainal Abidin Wahid,
Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.
Lebih
jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan bahawa kawasan timur Langkasuka
meliputi daerah pantai timur Semenanjung, dari Senggora, Patani, Kelantan
sampai ke Terengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah (M.
Dahlan Mansoer, 1979).
Dalam
buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada
menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di
negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok.
Sebahagian
yang lain terletak di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan.
Dalam hal ini, Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahawa Langkasuka
terletak di Patani sekarang.
Pendapat
beliau dikuatkan dgn penemuan kepingan batu-batuan purba peninggalan
kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu).
Paul
Wheatly turut menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai jalan
perdagangan timur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan
Semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Malayu Langkasuka wujud
sehingga menjelang abad ke-13 dan diganti oleh Kerajaan Malayu Patani.
Sedangkan
asal usul orang Patani menurut para antropologi berasal dari Malayu. Sebab
ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah
Malayu. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan
India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Malayu Patani
di selatan Thai sekarang.
Tanah
Malayu tlh didatangi pedagang dari Arab, India & China sejak sebelum
Masihi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka
pada tahun 200 Masihi, beliau mendapati negeri itu telah lama dibuka.
Patani
adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Malayu dan sebuah
pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masihi kerana Teluk Langkasuka (Teluk
Patani sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh dan
berlindung daripada ribut tengkujuh.
Langkasuka hit here: http://www.youtube.com/watch?v=PKdC6pGb9II&list=PLzYo1DNGqAt7ijduwP8e6V760apVLSjL_&index=2
.
PUTERI Gunung Ledang . . .
Puteri
Gunung Ledang adalah filem Malaysia 2004 masa fantasi epik diarahkan oleh Saw
Teong Hin dan berdasarkan Lagenda Puteri Gunung Ledang, mitos MALAyu tentang
Puteri yang tinggal di puncak Gunung Ledang dan usaha yang Melaka Sultan menghukum
beliau.
Bintang-bintang
filem Tiara Jacquelina, M. Nasir dan Adlin Aman Ramlie, dan dihasilkan oleh
Tiara Jacquelina dan Shazalli Ramly.
Selepas
perjumpaan sekejap, Puteri sedar bahawa kekasihnya kewajipan utama ialah
pahlawan. Walaupun mengaku cintanya kepada beliau, Hang Tuah yang tidak akan
meninggalkan hasrat Sultan.
Tawanan,
dia bersetuju untuk berkahwin dengan Sultan dgn syarat bahawa dia dapat memenuhi
7 syarat yang terlalu tinggi:
Sebuah
jambatan diperbuat daripada emas tulen dari Melaka ke Gunung Ledang;
Satu
lagi jambatan diperbuat daripada perak tulen dari Gunung Ledang ke Melaka;
7
dulang daripada hati nyamuk;
7 dulang
daripada hati kuman;
7
balang (tempayan) daripada jus buah pinang muda (Nota: buah pinang muda tidak
mempunyai jus);
7
balang (tempayan) daripada air mata anak dara Satu mangkuk darah dari hanya
anak beginda, Sultan Ahmad.
♫ & IRAMA Samudera Nusantara hit here: http://www.youtube.com/watch?v=LOqZxmls60g&list=PLzYo1DNGqAt6E9FS5AxlpTHpZI2xzmJTo&index=1