Monday, 13 June 2011

Komuniti MALAY Cape di Afrika Selatan


REMEMBER: God Almighty says in the Holy Quran: Corruption has appeared throughout the land and sea by (reason of) what the hands of people have earned so He may let them taste part of (the consequence of) what they have done that perhaps they will return (to righteousness). (Firman Allah Taala: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Surah 30 'Ar-Rum: verse 41)



Komuniti MALAY Cape di Afrika Selatan

Di benua Afrika, satu-satunya negara yang mempunyai ramai penduduk dari etnik Mala'Yu adalah Afrika Selatan. Di negara ini, penduduk Mala'Yu dikenali dengan nama Mala'Yu Cape (disebut ‘kep’, bukannya capek ye . . .).


Mala-yu Cape (Malay Cape) di sini hampir menyamai definisi Mala-yu di negara kita iaitu istilah umum yang merujuk kepada komuniti keturunan pendatang yang datang dari seluruh kepulauan Mala'Yu (tidak terhad dari semenanjung Tanah Mala'Yu semata-mata) dan turut mempunyai percampuran darah dengan para pendatang dari India, Madagascar, Arab dan lain-lain kawasan. Nama ‘Cape’ ini merujuk kepada Cape of the Golden Hope, wilayah di mana masyarakat Mala'Yu yang dibuang negeri dikumpulkan.


Pendatang dari kepulauan Mala'Yu dikatakan mula tiba di Afrika Selatan sekitar abad ke-17. Pendatang dari kepulauan Mala'yu ini boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu golongan raja dan bangsawan, ulama’, rakyat merdeka serta hamba.

Antara tokoh-tokoh bangsawan yang dibuang negeri oleh penjajah Belanda ke Afrika Selatan ialah Raja Tambora, menantu Sultan Pakubuwono iaitu Loring Passir dan adiknya, Dipa Nagara, Raja Muda Doumano iaitu Termano, Raja Ahmad dari Ternate, Raja Madura, Daeng Mangenan dari Makasar dan Raja Boelong Egnesius Monoppo sementara ulama’ terkenal yang dibuang negeri ke sini ialah Syeikh Yusuf, mufti Kerajaan Banten, dan Imam Abdullah Kadi Abdussalam.



Topi bulat yang dipanggil Toding dipakai secara meluas dan merupakan salah satu identiti Mala'yu  Cape pada abad ke-18 dan 19. Bentuknya seakan-akan bentuk topi Tarendak bagi masyarakat Melanau di Sarawak


Apa yang menarik, tindakan penjajah Belanda membuang negeri ulama’-ulama’ ter-kemuka dari Nusantara ke Afrika Selatan seperti Syeikh Yusuf telah memberikan hikmah penyebaran syiar Islam di selatan benua Afrika ini.

Salah satu fakta yang agak pelik dan aneh untuk diteliti ialah dasar penjajah Belanda pada ketika itu yang menggalakkan golongan hamba-hamba untuk memeluk agama Islam. Ini kerana penjajah Belanda tidak membenarkan hamba-hamba yang beragama Kristian untuk diperdagangkan di pasaran.

Setiap hamba yang diterima untuk memeluk agama Kristian di Afrika Selatan secara automatiknya akan menjadi manusia yang bebas. Justeru itu, bagi mengelakkan kehi-langan hamba-hamba ini yang dianggap oleh penjajah Belanda sebagai sebagai “harta” yang boleh di jual-beli di pasaran, hamba-hamba yang masih belum beragama digalakkan untuk menganut agama Islam.


Kehadiran rumpun Mala'yu juga membolehkan pengaruh Bahasa Mala'Yu digunapakai di Afrika Selatan khususnya di Cape Town. Perkara ini dapat dirujuk menerusi catatan mahkamah yang dibuat pada tahun 1713.


Salah satu kes mahkamah yang membabitkan 12 orang pekerja menggunakan Bahasa Mala'yu dalam menyampaikan keterangan mereka. Catatan lain pula menun-jukkan pada tahun 1725, seorang pesalah berketurunan China juga memberikan kete-rangan di Mahkamah menggunakan Bahasa Mala'yu.

Sementara pada tahun 1733, tiga pesalah keturunan yang sama turut menggunakan Bahasa Malayu sebagai alat komunikasi di mahkamah. Namun demikian, Bahasa Mala'yu semakin mengalami kepupusan menjelang abad ke-19 dan tidak lagi dituturkan sepenuhnya oleh masyarakat Mala'yu Cape dan hanya digunakan oleh beberapa individu terutamanya yang sering berurusan dan berulang-alik antara Afrika Selatan ke Malaysia/Indonesia. Beberapa istilah istilah Bahasa Mala'Yu juga turut terserap dalam Bahasa Afrikaan, antaranya ialah Agar-agar, Arak, Askari (Askar) dan Atjar (Acar).

Menjelang abad ke-20, istilah ‘Mala'yu’ terus digunakan oleh penjajah British yang mengambil alih kuasa daripada Belanda di Afrika Selatan. Penjajah British turut mengetengahkan jati diri Mala'yu di Afrika Selatan dengan menubuhkan satu batalion tentera yang dikenali sebagai “Malay Corps”.

Tindakan penjajah British itu menunjukkan pengiktirafan mereka terhadap masyarakat Malay Cape sebagai salah satu daripada warga penduduk di Afrika Selatan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1846, batalion ini telah dibubarkan apabila anggotanya terlibat dalam pemberontakan disebabkan mereka tidak diberikan layanan sebagaimana yang telah dijanjikan.



Ketika era Aparteid, masyarakat Mala'yu di Afrika Selatan dikelaskan dalam golongan ‘Coloured’, yang menduduki strata pertengahan dalam kelas sosial pada waktu itu. Golongan Kulit Putih menduduki herarki teratas sementara golongan kulit Hitam menduduki hierarki terbawah. 

Masyarakat Mala'yu di Afrika Selatan khususnya di Cape kini ramai yang tinggal di Malay Quarters, merupakan sebuah kawasan berbentuk segi empat bujur yang dibatasi oleh Jalan Buitengracht, Chiappini, Wale dan Strand. Kawasan ini merupakan kawasan kediaman tertua orang Mala'Yu di Afrika Selatan.


Malay Quarters terletak di pinggir pusat bandar raya Cape Town dan sering di sebut sebagai Bo-Kaap. Sungguhpun Bo-Kaap pada asalnya merupakan tempat kediaman orang Mala'yu, tetapi hari ini kawasan ini lebih merupakan kawasan kediaman penduduk kulit berwarna.


Identiti bahasa dan budaya masyarakat Mala'Yu Cape semakin lama semakin terhakis sejajar dengan peredaran masa. Memandangkan pada hari ini, masyarakat Islam Afrika Selatan dari keturunan benua India lebih ramai daripada masyarakat Mala'Yu Cape, minoriti Mala'yu Cape lebih selesa menggunapakai nama yang lebih umum iaitu “Muslim Cape” berbanding “Malay Cape” pada hari ini.


Nota: Maklumat lain juga boleh dirujuk dalam buku “Mala'yu Cape di Afrika Selatan” tulisan Wan Hasyim dan Hanapi Dollah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2010)


TAMATNYA PEWARIS TERAKHIR DINASTI BROOKE D'SARAWAK

Mungkin ramai yang tidak maklum, Rajah Muda Sarawak, Anthony Walter Dayrell Brooke, baru-baru ini telah pun meninggal dunia di Rumah Brooke, Wanganui, New Zealand pada 2 Mac 2011 yang lalu. Beliau berusia 98 tahun. Biarpun hanyalah Rajah Muda (setaraf dengan Tengku Mahkota), beliau sebenarnya pernah mentadbir Sarawak hampir setahun lamanya iaitu pada tahun 1939-1940 bagi memangku jawatan pakciknya, Rajah Charles Vyner Brooke yang juga Raja Sarawak terakhir ketika ketiadaannya.


Keunikan mengenai kisah seorang pedagang British yang akhirnya menjadi Raja di sebuah pulau di nusantara sememangnya amat menarik untuk diteliti. Penulis kadang kala terfikir bagaimana James Brooke boleh berjaya memperdaya dan meyakinkan Sultan Brunei untuk melantiknya sebagai pentadbir dan kemudiannya sebagai Raja di Sarawak (asalnya hanya seluas Bahagian Kuching sahaja).


Sarawak asalnya diperintah oleh seorang Sultan Malayu Islam iaitu Sultan Tengah, tetapi selepas kemangkatannya, anak cucunya menjadi Sultan Sambas yang kini terletak di Kalimantan Barat sementara Sarawak kemudiannya ditadbir kembali oleh seorang Gabenor yang dilantik oleh Sultan Brunei. Sebelum digelar Bumi Kenyalang, negeri ini dikenali juga dengan gelaran Sarawak Darul Hana.


Lambang dan bendera Sarawak semasa era Dinasti Brooke


Apa yang menariknya, walaupun Sarawak ditadbir oleh ‘Orang Putih’, tetapi mereka turut mengadaptasi dan menggunapakai budaya dan adat istiadat Di Raja Malayu. Sebagai contoh, gelaran penuh untuk Rajah Brooke adalah dalam Bahasa Malayu iaitu Sri Paduka Duli Yang Maha Mulia Rajah Brooke Sarawak, sementara permaisurinya menggunakan gelaran Ranee.

Pewaris takhta pula menggunakan gelaran Rajah Muda dan pasangannya Ranee Muda. Gelaran kebesaran untuk kerabat yang lain adalah Tuan Muda/Dayang Muda dan Tuan Bongsu/Dayang Bongsu. Anak perempuan Rajah Brooke kesemuanya memakai gelaran Dayang, sebagaimana gelaran anak perempuan golongan bangsawan Malayu Perabangan di negeri tersebut.

Di dalam majlis-majlis rasmi di Eropah, permaisuri Rajah Brooke juga dengan bangganya memakai pakaian dan busana Malayu berbanding dengan pakaian Di Raja Eropah.


Dayang Muda Gladys Brooke @Khairunnisa' binti Abdullah


Berbalik kepada kisah Rajah Muda Sarawak terakhir ini, jarang sekali buku-buku sejarah khususnya yang diterbitkan oleh pihak Barat memaparkan fakta bahawa ibu kepada Rajah Muda Anthony Brooke ini adalah seorang Muslimah.

Ayah kepada Anthony Brooke, Tuan Muda Bertram Willes Dayrell Brooke merupakan adik kepada Rajah Charles Vyner Brooke, sementara isterinya pula (juga ibu kepada Anthony Brooke) bernama Gladys Palmer atau gelaran rasminya Dayang Muda Gladys Brooke.

Dayang Muda Gladys Brooke ini kemudiannya telah memeluk Islam di sebuah masjid di Kotaraya Paris, Perancis, pada tahun 1939 dan kemudiannya turut menggunapakai nama Islamnya iaitu Khairunnisa’ binti Abdullah.

Rajah Charles Vyner Brooke mempunyai 3 anak perempuan dan berdasarkan tradisi Di Raja Malayu, takhta hanya boleh diwariskan kepada waris lelaki. Justeru itu, anak saudaranya iaitu Anthony Brooke yang merupakan Rajah Muda adalah pewaris kepada Kerajaan (Kingdom) Sarawak.

Buku-buku sejarah di sekolah sering menyatakan bahawa Rajah Charles Vyner Brooke tidak mahu anak saudaranya, Anthony Brooke, mewarisi takhta Sarawak tanpa sebab yang jelas.



Rajah Charles Vyner Brooke bersama keluarga


Disinilah kadang kala penulis terfikir, adakah Rajah Sarawak khuatir jika satu-satunya Dinasti Eropah di bumi Nusantara ini akan menjadi sebuah Kesultanan Islam?

Pada pandangan penulis, tidak mustahil jika ibu kepada Anthony Brooke ini boleh mempengaruhi anaknya untuk turut memeluk agama Islam, termasuk atas sebab pertimbangan politik, memandangkan kedudukan negeri Sarawak yang terletak di tengah-tengah Nusantara dan dikelilingi oleh berpuluh-puluh Kesultanan Mala-yu-Islam yang sedang dalam proses menuntut kemerdekaan.

Mungkin ‘pengIslaman’ keluarga Di Raja Sarawak ini akan menjadi satu ‘penghinaan’ kepada pandangan sesetengah kerabat yang kuat dengan sentimen ‘White Man’s Burden’, iaitu apabila mereka memeluk agama yang menjadi pegangan sebahagian daripada rakyat yang dijajahnya.

Apa pun, andaian tetap satu andaian, yang tidak boleh diterima sebagai satu fakta, memandangkan penulis sendiri pun tidak pernah berbual atau berbincang dengan Rajah Muda Anthony Brooke mengenai perkara ini semasa hayatnya. Dan jelas bahawa beliau adalah seorang Kristian hingga ke akhir hayatnya.

Pemerintahan Dinasti Brooke ini telah mewujudkan Negeri Sarawak yang luasnya sebagaimana yang kita lihat pada hari ini, sementara Bahasa Inggeris masih menjadi salah satu bahasa utama yang digunapakai terutamanya dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.





Rujukan:


* Jeffrey Finestone (2001) "Royal Families of South-East Asia"

* Bob Recce (2004) "The White Rajahs of Sarawak : A Borneo Dynasty" Archipelago Press

Sultan Sarawak Darul Hana



REMEMBER: God Almighty says in the Holy Quran: Corruption has appeared throughout the land and sea by (reason of) what the hands of people have earned so He may let them taste part of (the consequence of) what they have done that perhaps they will return (to righteousness). (Firman Allah Taala: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Surah 30 'Ar-Rum: verse 41)


REMEMBER The Only key Mentioned by 'Prophet Of Allah'  (peace and blessings of God be on him) @thisCentury!!! "By God that grips my soul no longer Jesus, son of Maryam will come down to you as a fair judge. He will break crosses, kill swine, and Abolish the TAX (Cancel the Tax) And (then) abundant wealth, so no one is willing to receive zakat (the time no one eligible to receive zakat) and bow down to one (value) is better than his whole WORLD . . .

Sultan Sarawak Darul Hana .

Artikel ini bukannya ingin membicarakan tentang Raja-raja Brooke yang pernah memerintah Sarawak, tetapi mengenai seorang Pengiran (Putera/Tengku) dari Brunei yang pernah menjadi Sultan di Sarawak. Sememangnya sejarah yang diajar di sekolah-sekolah pada hari ini hanya memfokuskan kepada sejarah Rajah Putih Sarawak tanpa langsung menyebut bahawa seorang sultan pernah memerintah negeri tersebut.



Lebih kurang 200 tahun sebelum Dinasti Brooke menjadi Rajah Putih di Sarawak, Sarawak asalnya berada di bawah wilayah kawalan Kesultanan Brunei. Tidak banyak yang diketahui bagaimana Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei pada masa tersebut, tetapi berkemungkinan seorang yang setaraf dengan Gabenor pada hari ini diletakkan di kawasan tersebut. Sarawak pada masa lalu tidaklah seluas seperti pada hari ini, tetapi hanya meliputi lebih kurang sekitar wilayah Kuching dan Santubong sahaja.


Apabila Paduka Sri Sultan Muhammad Hassan ibni al-Marhum Sultan Saif ul-Rijal Nur ul-Alam, Sultan Brunei ke-9 yang memerintah pada tahun 1582 hingga 1598 mangkat, takhta pemerintaha telah jatuh kepada Putera sulungnya yang kemudian bergelar Paduka Sri Sultan 'Abdu'l Jalil ul-Akbar ibni al-Marhum Sultan Muhammad Hassan. Sultan Abdul Jalilul Akbar mempunyai seorang adinda (adik) bernama Pengiran Muda Tengah Ibrahim Ali Omar Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Tengah.

Menurut sumber lisan, Pengiran Muda Tengah turut berkeinginan untuk menjadi Sultan Brunei. Baginda membantah dengan menyatakan abangnya lahir ketika ayahandanya belum menjadi Putera Mahkota, sedangkan dia lahir ketika Sultan Muhammad Hassan dilantik sebagai Putera Mahkota. Pengiran Muda Tengah berpendapat, baginda lebih layak untuk menjadi Sultan berbanding abangnya.

Sultan Abdul Jalilul Akbar adalah seorang yang bijak. Dia memahami maksud adindanya itu dan cuba memenuhi keinginan adindanya. Jalan penyelesaian untuk Sultan Abdul Jalilul Akbar adalah dengan melantik Pengiran Muda Tengah sebagai Sultan di tempat lain.


Dengan itu, Pengiran Muda Tengah telah diangkat sebagai Sultan Sarawak, kerana Sarawak ketika itu merupakan salah satu wilayah Brunei.


Menurut Salsilah Raja-Raja Brunei, Pengiran Muda Tengah berkenan menerima perlan-tikan tersebut dan baginda membuat persiapan untuk pergi ke Sarawak dengan ditemani oleh lebih daripada 1,000 perwira dari kaum Sakai, Kedayan dan Pulau Bunut.

Beberapa golongan bangsawan turut berangkat bersamanya untuk membantu baginda mengurus sebuah negeri baru. Kebanyakan daripada mereka merupakan nenek moyang kepada masyarakat Malayu di Sarawak pada hari ini.

Di Sarawak, Sultan baru dan anak buahnya mula membina sebuah istana dan benteng untuk mempertahankan istananya. Sultan Tengah kemudian melantik orang-orang besarnya. Antaranya ialah Patinggi Datuk Seri Setia, Indera Wangsa Shahbandar Datu, Datu Amar Setia Di-raja dan Datuk Temenggong Laila Wangsa.

Setelah semuanya selesai, Sultan Tengah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Ibrahim Ali Omar Shah, Sultan Sarawak yang pertama. Menurut Sejarah Sambas, Sultan Tengah juga dikenali dengan nama Sultan Abdul Jalil. Dikatakan pada masa inilah negeri ini digelar sebagai Sarawak Darul Hana.

Sekitar tahun 1599, Sultan Tengah melawat Pahang yang kemudiannya menjadi seba-hagian daripada taklukan Kerajaan Johor, untuk melawat Raja Bonda yang merupakan ibu saudara Sultan Tengah yang telah berkahwin dengan Sultan Abdul Ghafur Muhyiddin Shah ibnu Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah.

Semasa tinggal di sana, lama tinggal, Sultan Tengah telah diminta untuk menari. Tetapi semasa menari, saputangan teman tarian baginda hampir memukul wajah baginda. Baginda menjadi sangat marah hingga menyebabkan baginda menampar pasangannya. Insiden ini menyebabkan Sultan Johor menjadi sangat kecewa dan Sultan Tengah disa-rankan untuk meninggalkan Johor secepat mungkin.

Menurut versi Sejarah Sambas pula, Sultan Tengah terpaksa meninggalkan Johor kerana ia menolak tawaran Raja Bonda untuk mengahwini puteri Sultan Johor yang dikenali sebagai Encik Zohra. Semasa pelayaran untuk kembali ke Sarawak, kapal Sultan Tengah telah dilanda taufan yang menyebabkannya terkandas di Sukadana (Dalam wilayah Provinsi Kalimantan Barat, Indonesia, pada hari ini).

Sukadana ketika itu diperintah oleh Penambahan Giri Mustika, Sultan Muhammad Saifuddin, yang baru sahaja memeluk Islam dan dibantu oleh Syeikh Syamsuddin dari Mekah. 

Sultan Tengah turut belajar di bawah Syeikh Syamsuddin selama baginda tinggal di sana. Semasa di Sukadana, Sultan Tengah telah berkahwin dengan salah seorang puteri Sukadana iaitu Puteri Surya Kesuma, yang merupakan adinda Sultan Muhammad Saifuddin.

Sultan Tengah tinggal di Sukadana dan meminta izin untuk membantu menyebarkan ajaran Islam di kawasan tersebut. Diputuskan baginda perlu melaksanakannya di Sungai Sambas. Maka pada sekitar tahun 1600, Sultan Tengah meninggalkan Sukadana melalui Sungai Sambas dengan diiringi 40 buah perahu yang lengkap bersenjata.



Di Sungai Sambas, mereka mendarat di Kuala Bangun dan Puteri Surya Kesuma kemu-diannya melahirkan seorang putera bernama Radin Sulaiman. 2 putera lain kemudian turut lahir. Putera kedua ini dikenali sebagai Pengiran Badaruddin yang kemudiannya bergelar Pengiran Bendahara Seri Maharaja sementara putera ketiga, Pengiran Abdul Wahab kemudiannya bergelar Pengiran Temenggong Jaya Kesuma.

Sultan Tengah akhirnya tiba di Pekan Lama. Di sana, baginda disambut oleh pemerintah Pekan Lama, Ratu Sepudak, yang menyambutnya mengikut adat istidat dan protokol Di-raja. Sultan Tengah mendapati Ratu Sepudak mengizinkannya untuk menyebarkan Islam di sekitar kawasan tersebut meskipun Ratu Sepudak bukan seorang Muslim.

Semasa baginda tinggal di sana, putera sulung Sultan Tengah, Radin Sulaiman telah ber-kahwin dengan puteri Ratu Sepudak bernama Puteri Mas Ayu Bongsu. Pasangan ini mem-punyai seorang putera bernama Radin Bima yang kemudian bergelar Sultan Muhammad Tajuddin.

Ketika Ratu Sepudak mangkat, baginda digantikan oleh Prabu Pengiran Radin Kenchana yang kemudiannya melantik Radin Sulaiman sebagai salah seorang pembesarnya. Dikatakan bahawa Ratu Sepudak mahu menyerahkan takhta kerajaan kepada Sultan Tengah memandangkan baginda mempunyai pengalaman menguruskan negara, tetapi cadangan tersebut telah ditentang oleh keluarga diraja yang lain.

Sekitar tahun 1630, Sultan Tengah pergi ke Matan (Dalam wilayah Provinsi Kalimantan Barat, Indonesia, pada hari ini). Di Matan, baginda berkahwin dengan salah seorang Puteri Matan yang kemudian melahirkan Pengiran Mangku Negara. Pengiran Mangku Negara kemudiannya menjadi Sultan Matan.

Setelah beberapa tahun tinggal di Matan, Sultan Tengah kembali semula ke Sarawak. Setelah kembali ke Sarawak, baginda berhenti di suatu tempat bernama Batu Buaya, di Santubong. Di sanalah baginda dibunuh oleh salah seorang pengikutnya.

Ketika berita kematiannya tersebar, Datu Patinggi, Datu Shahbandar, Datu Amar dan Datuk Temenggong datang ke Santubong untuk menyelesaikan upacara pengebumian mengikut tradisi Di raja Brunei.

Dikatakan bahawa baginda mangkat pada tahun 1641, sekitar 10 tahun selepas anakanda baginda, Radin Sulaiman menjadi Sultan Muhammad Saifuddin I di Sambas. Sultan Tengah dimakamkan di Santubong, iaitu pada hari ini di Kampung Batu Buaya. Makam yang dibina berpadanan untuk menandakan kubur tersebut merupakan makam seorang Sultan.

assalam Allul-bait .



Dengan kemangkatan baginda, Kesultanan Sarawak wujud dan berakhir hanya dengan seorang Sultan sahaja. Tetapi gelaran yang diberikan kepada golongan bangsawan di Sarawak masih kekal hingga ke hari ini.



Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Al-Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melawat makam Sultan Tengah di Santubong pada bulan Ogos 2009

MALAYU BERAJA


REMEMBER: God Almighty says in the Holy Quran: Corruption has appeared throughout the land and sea by (reason of) what the hands of people have earned so He may let them taste part of (the consequence of) what they have done that perhaps they will return (to righteousness). (Firman Allah Taala: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Surah 30 'Ar-Rum: verse 41)


Penulis suka mengikuti tulisan artikel dan buku serta ceramah yang disampaikan oleh saudara-saudara kita yang bukan Malayu, khususnya oleh ahli MACMA seperti Tuan Haji Ann Wan Seng dan Dr. Mohd. Ridhuan Tee Chuan Seng.


Pada awal tahun ini juga, penulis turut diundang untuk mengikuti ceramah yang telah disampaikan oleh Mr. Ridzuan Wu, seorang Cina Muslim dari Singapura yang juga merupakan Timbalan Presiden bagi Regional Islamic Da'wah Council for Southeast Asia & the Pasific (RISEAP).

Maklumat yang disampaikan, biarpun ringkas, tetapi amat penting dan berguna khususnya untuk kita memahami corak pemikiran kaum Cina yang sangat berbeza dengan masyarakat Mala-yu termasuklah bagi tujuan menyebarkan dakwah.

Kaum Cina adalah sebuah kaum yang bersifat 'ethnocentric'. Mereka amat-amat memen-tingkan budaya kaum mereka yang mereka anggap bertaraf lebih tinggi daripada kebudayaan kaum lain.

Di bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka pula, mereka bersikap mono-poli. Mereka lebih terbuka dalam hal agama, tetapi sayangnya sesetengah daripada mereka agak prejudis dengan Islam kerana kesilapan kita yang sering memomokkan memeluk Islam sama seperti masuk (menjadi) Malayu, dan seterusnya dikhuatiri akan menghakis ke’Cina’an generasi anak cucu mereka.

Di Malaysia, terdapat tiga tiang tonggak kekuatan kaum Cina yang mesti dipertahankan oleh setiap orang Cina, iaitu Sekolah Cina ((1,291 SRJK(C) and 60 sekolah persendirian), Persatuan-persatuan Cina atau Hua Zong (7,000 persatuan puak/keluarga dan Badan-badan Perniagaan) serta akhbar media Cina (enam di semenanjung Malaysia dan lapan di Sabah dan Sarawak).

Dari segi politik pula, tidak seperti masyarakat Mala-yu yang menyandarkan harapan dan kekuatan mereka kepada parti politik Mala-yu seperti UMNO dan PAS, yang berkuasa untuk mempengaruhi pola pengundian masyarakat Cina adalah Persatuan-persatuan Cina sebagai contoh Dong Jiao Zong.

Disebabkan itulah, walaupun Bapak chauvinist seperti Lim Kit Siang dengan lantang menyatakan di Parlimen bahawa dia adalah “Malaysian First, Chinese Second”, dia tidak akan sekali-kali membuat kerja gila dengan meminta supaya masyarakat Cina menyokong Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Wawasan dan memansuhkan pembukaan Sekolah Cina baru, walaupun kajian yang dijalankan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) jelas mendapati Sekolah Cina menjadi penyebab kepada ketidak-fasihan penuntut Cina untuk bertutur dalam Bahasa Kebangsaan dan menjadi penyebab kepada masalah berlakunya polarisasi kaum di negara ini.

Parti-parti politik Cina hanya berani membangkitkan isu-isu kecil dan remeh seperti usaha untuk menghapuskan ruang pengenalan kaum dalam Borang-borang Jabatan Kerajaan daripada membangkitkan isu yang lebih penting seperti pendidikan Cina dalam konteks integrasi nasional, satu tindakan yang jika dibuat sama seperti membunuh hayat politik mereka sendiri.

Cerita di atas berkaitan dengan kaum Cina, bagaimana pula dengan kaum Malayu? Tonggak kekuatan kaum Malayu khususnya dalam konteks Malaysia pada hari ini berdiri di atas 3 aspek iaitu agama Islam (Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan), hak istimewa Malayu dan Bumiputera (Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan) dan Raja-raja Malayu (di 9 buah Negeri).

Malangnya, tidak seperti parti politik Cina yang konsisten mempertahankan kepentingan kaum mereka tidak kira sama ada di pihak Kerajaan mahupun pembangkang, politik Bumiputera seolah-olah telah dipisahkan dengan sempadan bahawa UMNO itu rasis kerana memperjuangkan perkauman, sementara PAS pula jumud kerana memperjuangkan Islam yang tidak menggambarkan realiti masyarakat majmuk di negara kita.


Penulis berasa hairan dengan tindakan sesetengah pemimpin Malayu -Muslim dalam PR yang tergamak menyerang habis-habisan kedaulatan Raja-raja Mala-yu dan Hak Istimewa Mala-yu hanya kerana bencikan UMNO dan ingin mengejar undi bukan Malayu.


Penulis juga geram dengan tindakan pemimpin Malayu -Muslim dalam BN yang hanya diam membisu apabila terdapat pemimpin bukan Islam di kalangan komponen BN yang memperlekehkan negara Islam dan mempermainkan prinsip calon muslimat yang hanya akan bersalaman dengan bukan mahram secara berlapik tangan.

Hak istimewa Malayu sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah hak milik mutlak UMNO, begitu juga agama Islam bukanlah urusan mutlak PAS semata-mata.

Mempertahankan hak istimewa Malayu bukanlah bermaksud Malayu adalah 'Master Race' seperti fahaman Hitler sebagaimana yang dimomokkan oleh seorang pemimpin Ultra-Kiasu dari DAP. Polisi-polisi berkaitan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga tidak bermaksud memperlekehkan kaum bukan Bumiputera seperti dasar Apartheid di Afrika Selatan sebagaimana yang didakwa seorang pemimpin Ultra-Kiasu di Johor.

Hak istimewa Malayu merupakan perkara pokok yang telah dipersetujui semasa pembentukan dan kemerdekaan negara kita sebelum ini yang perlu sentiasa dihormati oleh semua rakyat, sebagaimana hak istimewa yang dinikmati oleh Negeri Sabah dan Sarawak serta rakyat pribuminya yang perlu sentiasa dihormati khususnya bagi rakyat yang datang dari semenanjung Malaysia termasuklah orang Mala-yu sendiri!

Penulis bersetuju penuh, sebagaimana yang dinyatakan oleh Y.B. Dato’ Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen bebas “Islam come first, the rest are second”. Cuma suka penulis ingatkan, bagi golongan Ultra-Kiasu, mereka memandang Islam dan Hak Istimewa Malayu dalam satu pakej, sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan.

Jika mereka menyerang habis-habisan hak istimewa Malayu, tidak pula bermakna mereka secara senang-lenang pula akan menerima Islam. Berfikir diluar kotak dan bertindaklah dengan bijak, jangan mudah terbelenggu dengan sentimen konflik UMNO-PAS.


DYMM Sultan Brunei amat-amat memahami realiti sosio-politik di Nusantara ini. Dise-babkan itulah, Malayu-Islam-Beraja (MIB) yang menjadi tonggak kekuatan masya-rakat Malayu -Muslim sejak zaman berzaman dipilih dan dijadikan sebagai ideologi rasmi Negara Brunei Darussalam.


Jangan pandang rendah kepada Brunei, biarpun negara tersebut merdeka lewat daripada kita dan mengamalkan sistem Monarki Berpelembagaan, tetapi Brunei adalah negara yang paling aman dan stabil dari segi politik di kawasan Asia Tenggara, jika dibandingkan dengan masyarakat Muslim di negara kita yang telah berpecah belah dan menjadi korban demokrasi akibat fanatik dengan fahaman sempit politik masing-masing.


Champa: Negara MALA'yu Yang Hilang Dari Peta DUNIA


Ratusan tahun sebelum Bangsa Mala'Yu menangisi kehilangan pulau Singapura, kita telah lama kehilangan satu wilayah yang cukup luas, hampir meliputi keseluruhan pantai timur Indochina. Lebih menyakitkan, wilayah tersebut menyimpan seribu satu rahsia dan bukti ketamadunan awal rumpun Mala'Yu yang pernah menguasai hampir keseluruhan kawasan daratan dan perairan Asia Tenggara.




Negara tersebut, tidak lain dan tidak bukan, adalah Champa, yang telah berhadapan dengan serangan dan migrasi besar-besaran secara berterusan selama ratusan tahun daripada satu kaum yang berasal dari selatan Negara China iaitu Dai-Viet.


Kehilangan Champa sama seperti kehilangan Patani yang mewarisi keagungan Lang-kasuka juga akibat serangan dan migrasi berterusan daripada kaum Thai (Sukothai, Ayutthaya dan Chakri) yang juga berasal dari selatan China.

Champa, atau apa jua panggilan kepadanya, seperti Lin Yi dan Houan-Wang (catatan China), Kembayat Negara (Syair Siti Zubaidah – Perang China), dan Tawalisi (catatan Ibnu Battutah) kini hanya tinggal sejarah dan penduduknya hidup bertaburan terutamanya di Vietnam serta Kemboja dan menjadi kaum minoriti di bumi sendiri.


Kali terakhir Champa berjaya bangkit membela nasib sendiri adalah semasa di bawah pemerintahan Raja teragung mereka iaitu Che Bo Nga, yang dinyatakan dalam lagenda Cham sebagai Binasuar, manakala Sejarah Dinasti Ming mencatatkan namanya sebagai Ngo-Ta-Ngo-Tcho, memerintah mulai sekitar tahun 1360 Masihi. Malangnya, kebangkitan Che Bo Nga ibarat seperti ‘sinar matahari yang penghabisan sebelum terbenam’.


Di bawah pimpinan baginda, Champa kembali bangkit dari tahun 1361 hingga 1390 Masihi dengan melancarkan beberapa serangan balas kepada pihak Dai-Viet dan memenanginya. Baginda bagaimanapun akhirnya mangkat pada bulan Februari 1390 Masihi akibat pengkhianatan salah seorang pengawalnya sendiri yang menyebabkan perahu baginda dikepung oleh tentera Vietnam.

Apa yang menarik, kebanyakan pengkaji sejarah bersepakat bahawa Sultan Zainal Abidin, tokoh yang dinyatakan di dalam sebuah hikayat Mala'Yu tua iaitu Syair Siti Zubaidah merujuk kepada Che Bo Nga itu sendiri, sedangkan kebanyakan pengkaji sejarah Barat bersetuju Raja-raja Champa hanya mula memeluk Islam bermula pada abad ke-17 iaitu berdasarkan catatan seorang paderi bernama M.

Mahot yang bertugas di Champa pada tahun 1676 hingga 1678 Masihi dan mengatakan bahawa Raja dan sebahagian besar penduduk Negara Champa telah menerima agama Islam yang disebarkan oleh orang Mala'yu yang telah ramai berhijrah dan menetap di sana.

Laporan Mahot ini telah disahkan oleh seorang paderi lain bernama M. Freet apabila dia menyaksikan sendiri keIslaman Raja Champa dan telah dihadiahkan sebuah Al-Quran.


Mahkota Kebesaran Champa


Maklumat mengenai Raja-raja Champa khususnya daripada riwayat tradisi Kelantan memberikan perspektif yang berbeza daripada sejarah umum kerana dinyatakan bahawa kebanyakan Raja-raja Champa semasa era Pandurangga (Phan Rang) sebagai ibukota telah beragama Islam dan mempunyai hubungan kekerabatan dan persaudaraan yang erat dengan Negeri-negeri Malayu di pantai timur semenanjung Tanah Malayu.

Sebagai contoh, Raja Bo Tri Tri dikatakan adalah Wan Bo, anak kepada Ali Nurul Alam (Patih Majapahit Barat yang berpusat di Kelantan) serta cucu kepada Sayyid Hussein Jamadil Kubra, tokoh terulung penyebar syiar Islam di Nusantara.

Wan Bo dikatakan telah meninggalkan Patani dan pergi ke Champa menjadi panglima perang untuk membantu bapa mertuanya iaitu Raja Chandranekalawa atau Ban-La-Tra-Toan menentang Dai-Viet. Selepas mengalami kekalahan dalam peperangan pada tahun 1471 Masihi, Wan Bo bersama-sama rakyat Champa yang lain telah berundur ke kawasan selatan yang berpusat di Pandurangga.

Beliau kemudian diisytiharkan sebagai Raja Champa dengan gelaran Sultan Wan Abu Abdullah bagi menggantikan bapa mertuanya iaitu Ban-La-Tra-Toan yang telah ditawan dan mangkat dalam tahanan musuh. Pemerintahannya berakhir sehingga tahun 1478 Masihi dan digantikan oleh dua orang anak saudaranya iaitu Wan Abu Yusof dan kemudiannya Wan Abdul Kadir atau Kou Lai (1478-1515 Masihi).

Riwayat Kelantan juga menyatakan bahawa Datu wilayah Jambu yang juga pemangku Sultan Patani iaitu Datu Nik Musthapa telah kembali ke Champa bagi membebaskan bumi Mala-yu -Islam tersebut daripada pencerobohan rejim Nguyen pada tahun 1570.

Raja Champa, Sultan Yaakub Syahibuddin yang sudah sangat lanjut usianya telah ditawan dan mangkat dalam kurungan sangkar besi semasa diarak ke Kota Hue. Pada tahun 1577, Datu Nik Mustapha membawa 10,000 orang tentera Patani dan bersama anak saudaranya Sultan Adiluddin yang membawa 5,000 orang tentera Kelantan bertolak dari kota Pengkalan Datu, Kelantan dan menyerang Dai-Viet untuk merebut kembali Pandurangga.

Sebahagian besar dari bumi Champa yang telah jatuh ke tangan Dai-Viet sejak tahun 1471 Masihi telah dapat dikuasai semula sehingga hampir ke Kota Hue.

Setelah peperangan tamat dalam tahun 1580, Datu Nik Mustapha telah ditabal menjadi Raja Champa dengan gelaran Sultan Abdul Hamid Syah.

Di kalangan orang-orang Cham dan Vietnam, baginda lebih dikenali degan pangilan Po Rome, manakala orang-orang Kemboja memanggil baginda Ong Tpouo.

Walaubagaimanapun, dalam tahun 1684 Masihi, Champa telah kalah dalam peperangan denga Dai-Viet dan Negeri Kelantan telah dibanjiri oleh pelarian dari Champa termasuklah rajanya sendiri iaitu Po Ibrahim (Po Nrop).

Po Ibrahim kemudian telah berangkat bersama pengikutnya meninggalkan Kelantan dan berpindah ke Kampong Brek Bak di dalam wilayah Cham di Kemboja untuk meneruskan penentangan terhadap Dai-Viet. Putera kepada Po Ibrahim iaitu Wan Muhammad telah diangkat oleh Dai-Viet menjadi Raja Champa bergelar Po Jatamuh setelah baginda bersedia mengakui untuk membayar ufti kepada Kerajaan Nguyen.

Setelah Po Jatamuh mangkat, kekandanya iaitu Wan Daim yang sebelum itu merupakan Datu Negeri Jambu telah diangkat menjadi Raja Champa bergelar Po Top. Dalam tahun 1692, baginda cuba memberontak terhadap regim Nguyen setelah membuat pakatan dengan ayahandanya Po Ibrahim yang sedang berada di Kemboja dan kemudian terjadilah serangan serentak di dalam negeri dan perbatasan Kemboja.

Walaubagaimanapun, Wan Daim tewas dalam peperangan tersebut dan berundur kembali bersama keluarganya ke Patani, sementara ayahandanya Po Ibrahim yang telah tua mangkat di Kemboja dan dimakamkan di Kampong Brek Bak.

Raja-raja Champa selepas itu tidak lagi memiliki kekuasaan penuh sehinggalah Kerajaan Champa dihapuskan sepenuhnya di bawah pemerintahan rajanya yang terakhir iaitu Po Chong Chan.


Sejarah kemegahan dan tamadun Champa yang cukup panjang iaitu memakan masa ratusan tahun tidak cukup untuk diulas semuanya dalam ruangan artikel yang terhad ini. Namun begitu, ianya bagaikan tidak bermakna kerana pada hari ini ianya hanya tinggal sisa-sisa sejarah.


Wilayah kekuasaannya menyusut sedikit demi sedikit dan kini seolah-olah menjadi tanahair asal untuk kaum Dai-Viet. Negara Champa telah merakamkan sisi gelap yang sering menyebabkan kejatuhan sesebuah Kerajaan di Nusantara terutamanya disebabkan perpecahan di kalangan pembesar negara dan penduduk serta pengkhianatan yang dibuat oleh orang kepercayaan sendiri disebabkan sifat tamakkan ganjaran dunia.

Malahan, kebanyakan orang Malayu sendiri pada hari ini tidak kira di negara kita, Singapura, Brunei dan Indonesia pun kadang kala tidak pernah mendengar dan menyedari kewujudan Champa.

Adalah mustahil sebuah negara Champa akan wujud semula pada hari ini. Kadang kala penulis berfikir mungkin ada hikmah yang boleh kita ambil iktibar daripada kemusnahan negara Champa di Indochina. Apa yang kita dapat ambil dari sejarah Champa adalah pengajaran bahawa kegemilangan dan tingkat tamadun bukanlah satu jaminan bahawa sesebuah negara itu akan kekal selamanya, melainkan dengan izin Allah Subhanahu-wataala jua.

Begitu juga dengan kehilangan pulau Singapura, dapat kita pelajari bagaimanakah bentuk dan corak negara kita jika kita tertipu dengan permainan golongan tersebut. Penulis hanya ingin menekankan kepada dua aspek iaitu bersatu dan amanah kepada pembaca sekalian.

Kita boleh berbeza fahaman seperti fahaman politik antara UMNO-PAS, tetapi jangan sesekali menggadaikan kepentingan agama, bangsa dan tanahair sendiri. Pada hari ini. ada berpuluh blog dan laman sesawang yang wujud pada hari ini hanya untuk menyerang mereka yang berbeza fahaman dengan kita, walaupun kadangkala ianya berlebihan hingga 'melondehkan' keaiban kita semua sendiri kepada 'pihak luar', tetapi boleh dibilang dengan jari berapa buah blog yang menyeru kepada mencari titik persamaan dan persefahaman dan menggalakkan penyatuan disebalik perbezaan yang wujud. Jangan menyesal jika anak cucu kita pula kelak pada masa akan datang yang akan menangisi ‘kehilangan’ negara mereka dan menyalahkan tindakan yang telah kita semua buat pada hari ini.


Kutaringin : Satu-satunya Kerajaan Mala'yu di Kalimantan Tengah

Sebelum ini, penulis telah paparkan artikel mengenai 12 buah Kerajaan Malayu yang terdapat di Kalimantan Barat, 5 buah Kerajaan Mala-yu yang ada di Kalimantan Timur, serta sebuah Kerajaan Banjar yang wujud di Kalimantan Selatan. Maka kali kini, artikel kedua terakhir mengenai negeri-negeri Malayu di luar Malaysia akan diteruskan dengan menyusuri ke wilayah Kalimantan Tengah pula.


Lambang dan bendera Kerajaan Kutaringin



Di Propinsi Kalimantan Tengah, Indonesia, pernah berdiri sebuah Kerajaan Malayu yang bernama Kutaringin. Kadang kala, nama negeri ini juga dieja sebagai Kota Waringin. Kerajaan ini merupakan satu satu Kerajaan Malayu yang bertahan agak lama di Indonesia, iaitu sejak abad ke-16 hinggalah abad ke-19, dengan 14 orang Sultan kesemuanya yang pernah memerintah. 

Walaubagaimanapun, nama Kutaringin ini sebenarnya telah disebut lebih awal, iaitu dalam kitab ‘Negarakertagama’, iaitu apabila Negeri Kutaringin dinyatakan sebagai sebahagian daripada wilayah Tanjung Nagara yang tunduk kepada empayar Majapahit.



Peta wilayah Kerajaan Kutaringin berwarna kuning


Pada asalnya, wilayah Kutaringin ini adalah di bawah pengaruh Kerajaan Banjar yang berpusat di Kalimantan Selatan. Sebelum wujudnya Sultan yang memerintah kawasan tersebut, Raja-raja Kerajaan Banjar yang menguasai kawasan pantai selatan dan tenggara pulau Borneo telah mengirimkan wakil-wakilnya untuk mengutip cukai termasuklah di wilayah Kutaringin.

Bahkan, para Sultan Kutaringin sebenarnya adalah berketurunan dari Dinasti Banjar. Raja pertamanya, iaitu Pangeran Dipati Anta-Kasuma merupakan anak keempat kepada Sultan Banjar ke-4, iaitu Sultan Mustain Billlah.

Pangeran Dipati Anta-Kasuma telah menggantikan bapa mertuanya, Dipati Ngganding yang sebelum itu merupakan Adipati (lebih kurang seperti Gabenor) untuk menjadi penguasa Negeri Kutaringin tetapi masih di bawah pengaruh Kerajaan Banjar.

Disebabkan itulah, Raja-raja Negeri Kutaringin kebiasaannya memakai gelar Pangeran jika berada di Negeri Banjar, tetapi menggunakan gelaran Sultan di negerinya sendiri. Kerajaan Kutaringin ini mencapai zaman kemuncaknya ketika era pemerintahan rajanya yang ke-7 iaitu Pangeran Ratu Bengawan sekitar kurun ke-18.

Semasa fasa awal pasca kemerdekaan Indonesia, iaitu pada awal Januari 1946, Negeri Kutaringin telah diduduki oleh Belanda dan kemudiannya dimasukkan sebagai sebahagian daripada wilayah Negara Dayak Besar, sebuah negara yang disokong oleh penjajah Belanda bagi memecahbelahkan republik tersebut.

Walaubagaimanapun, Negeri Kutaringin secara rasminya telah bergabung semula di dalam kesatuan Republik Indonesia pada 1 Mei 1950 dan negeri ini ditukar statusnya menjadi sebuah Kabupaten (seperti Bahagian di Sabah dan Sarawak) di dalam Propinsi Kalimantan Tengah.



Istana Kuning, lambang Kerajaan Kutaringin


Dengan berakhirnya kedaulatan Kerajaan Kutaringin, maka para bangsawan dan kerabat Di Raja Kutaringin tidak lagi memegang jawatan-jawatan dalam pemerintahan. Hanya beberapa keturunan Sultan dan bangsawan sahaja yang sebelum itu sudah bekerja sebagai pegawai pemerintahan tetap memegang jawatan di dalam pemerintahan Indonesia yang merupakan sebuah negara bercorak Republik.

Pada hari ini, sebagaimana yang berlaku di wilayah lain di Indonesia, para waris Kerajaan Kutaringin telah sepakat untuk mengangkat salah seorang zuriat kerabat mereka untuk bertindak sebagai Sultan Kutaringin yang baru bagi tujuan melestarikan budaya tempatan dan sebagai penjaga kepada pusaka Kerajaan Kutaringin, termasuklah adat istiadat dan peninggalan leluhur mereka.

Pangeran Alidin Sukma Alamsyah, zuriat kanan kesultanan tersebut telah terpilih dan telah ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kutaringin ke-15 dengan gelaran Sultan Alidin Sukma Alamsyah pada 16 Mei 2010 yang lalu.

Sultan Alidin Sukma Alamsyah, Raja Kutaringin ke-15 bersama keluarganya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...