REMEMBER: God Almighty says in the Holy Quran: Corruption has appeared throughout the land and sea by (reason of) what the hands of people have earned so He may let them taste part of (the consequence of) what they have done that perhaps they will return (to righteousness). (Firman Allah Taala: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Surah 30 'Ar-Rum: verse 41)

Penulis suka mengikuti tulisan artikel dan buku serta ceramah yang disampaikan oleh saudara-saudara kita yang bukan Malayu, khususnya oleh ahli MACMA seperti Tuan Haji Ann Wan Seng dan Dr. Mohd. Ridhuan Tee Chuan Seng.
Pada awal tahun ini juga, penulis turut diundang untuk mengikuti ceramah yang telah disampaikan oleh Mr. Ridzuan Wu, seorang Cina Muslim dari Singapura yang juga merupakan Timbalan Presiden bagi Regional Islamic Da'wah Council for Southeast Asia & the Pasific (RISEAP).
Maklumat yang disampaikan, biarpun ringkas, tetapi amat penting dan berguna khususnya untuk kita memahami corak pemikiran kaum Cina yang sangat berbeza dengan masyarakat Mala-yu termasuklah bagi tujuan menyebarkan dakwah.
Kaum Cina adalah sebuah kaum yang bersifat 'ethnocentric'. Mereka amat-amat memen-tingkan budaya kaum mereka yang mereka anggap bertaraf lebih tinggi daripada kebudayaan kaum lain.
Di bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka pula, mereka bersikap mono-poli. Mereka lebih terbuka dalam hal agama, tetapi sayangnya sesetengah daripada mereka agak prejudis dengan Islam kerana kesilapan kita yang sering memomokkan memeluk Islam sama seperti masuk (menjadi) Malayu, dan seterusnya dikhuatiri akan menghakis ke’Cina’an generasi anak cucu mereka.
Di Malaysia, terdapat tiga tiang tonggak kekuatan kaum Cina yang mesti dipertahankan oleh setiap orang Cina, iaitu Sekolah Cina ((1,291 SRJK(C) and 60 sekolah persendirian), Persatuan-persatuan Cina atau Hua Zong (7,000 persatuan puak/keluarga dan Badan-badan Perniagaan) serta akhbar media Cina (enam di semenanjung Malaysia dan lapan di Sabah dan Sarawak).
Dari segi politik pula, tidak seperti masyarakat Mala-yu yang menyandarkan harapan dan kekuatan mereka kepada parti politik Mala-yu seperti UMNO dan PAS, yang berkuasa untuk mempengaruhi pola pengundian masyarakat Cina adalah Persatuan-persatuan Cina sebagai contoh Dong Jiao Zong.
Disebabkan itulah, walaupun Bapak chauvinist seperti Lim Kit Siang dengan lantang menyatakan di Parlimen bahawa dia adalah “Malaysian First, Chinese Second”, dia tidak akan sekali-kali membuat kerja gila dengan meminta supaya masyarakat Cina menyokong Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Wawasan dan memansuhkan pembukaan Sekolah Cina baru, walaupun kajian yang dijalankan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) jelas mendapati Sekolah Cina menjadi penyebab kepada ketidak-fasihan penuntut Cina untuk bertutur dalam Bahasa Kebangsaan dan menjadi penyebab kepada masalah berlakunya polarisasi kaum di negara ini.
Parti-parti politik Cina hanya berani membangkitkan isu-isu kecil dan remeh seperti usaha untuk menghapuskan ruang pengenalan kaum dalam Borang-borang Jabatan Kerajaan daripada membangkitkan isu yang lebih penting seperti pendidikan Cina dalam konteks integrasi nasional, satu tindakan yang jika dibuat sama seperti membunuh hayat politik mereka sendiri.
Cerita di atas berkaitan dengan kaum Cina, bagaimana pula dengan kaum Malayu? Tonggak kekuatan kaum Malayu khususnya dalam konteks Malaysia pada hari ini berdiri di atas 3 aspek iaitu agama Islam (Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan), hak istimewa Malayu dan Bumiputera (Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan) dan Raja-raja Malayu (di 9 buah Negeri).
Malangnya, tidak seperti parti politik Cina yang konsisten mempertahankan kepentingan kaum mereka tidak kira sama ada di pihak Kerajaan mahupun pembangkang, politik Bumiputera seolah-olah telah dipisahkan dengan sempadan bahawa UMNO itu rasis kerana memperjuangkan perkauman, sementara PAS pula jumud kerana memperjuangkan Islam yang tidak menggambarkan realiti masyarakat majmuk di negara kita.

Penulis berasa hairan dengan tindakan sesetengah pemimpin Malayu -Muslim dalam PR yang tergamak menyerang habis-habisan kedaulatan Raja-raja Mala-yu dan Hak Istimewa Mala-yu hanya kerana bencikan UMNO dan ingin mengejar undi bukan Malayu.
Penulis juga geram dengan tindakan pemimpin Malayu -Muslim dalam BN yang hanya diam membisu apabila terdapat pemimpin bukan Islam di kalangan komponen BN yang memperlekehkan negara Islam dan mempermainkan prinsip calon muslimat yang hanya akan bersalaman dengan bukan mahram secara berlapik tangan.
Hak istimewa Malayu sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah hak milik mutlak UMNO, begitu juga agama Islam bukanlah urusan mutlak PAS semata-mata.
Mempertahankan hak istimewa Malayu bukanlah bermaksud Malayu adalah 'Master Race' seperti fahaman Hitler sebagaimana yang dimomokkan oleh seorang pemimpin Ultra-Kiasu dari DAP. Polisi-polisi berkaitan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga tidak bermaksud memperlekehkan kaum bukan Bumiputera seperti dasar Apartheid di Afrika Selatan sebagaimana yang didakwa seorang pemimpin Ultra-Kiasu di Johor.
Hak istimewa Malayu merupakan perkara pokok yang telah dipersetujui semasa pembentukan dan kemerdekaan negara kita sebelum ini yang perlu sentiasa dihormati oleh semua rakyat, sebagaimana hak istimewa yang dinikmati oleh Negeri Sabah dan Sarawak serta rakyat pribuminya yang perlu sentiasa dihormati khususnya bagi rakyat yang datang dari semenanjung Malaysia termasuklah orang Mala-yu sendiri!
Penulis bersetuju penuh, sebagaimana yang dinyatakan oleh Y.B. Dato’ Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen bebas “Islam come first, the rest are second”. Cuma suka penulis ingatkan, bagi golongan Ultra-Kiasu, mereka memandang Islam dan Hak Istimewa Malayu dalam satu pakej, sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan.
Jika mereka menyerang habis-habisan hak istimewa Malayu, tidak pula bermakna mereka secara senang-lenang pula akan menerima Islam. Berfikir diluar kotak dan bertindaklah dengan bijak, jangan mudah terbelenggu dengan sentimen konflik UMNO-PAS.

DYMM Sultan Brunei amat-amat memahami realiti sosio-politik di Nusantara ini. Dise-babkan itulah, Malayu-Islam-Beraja (MIB) yang menjadi tonggak kekuatan masya-rakat Malayu -Muslim sejak zaman berzaman dipilih dan dijadikan sebagai ideologi rasmi Negara Brunei Darussalam.
Jangan pandang rendah kepada Brunei, biarpun negara tersebut merdeka lewat daripada kita dan mengamalkan sistem Monarki Berpelembagaan, tetapi Brunei adalah negara yang paling aman dan stabil dari segi politik di kawasan Asia Tenggara, jika dibandingkan dengan masyarakat Muslim di negara kita yang telah berpecah belah dan menjadi korban demokrasi akibat fanatik dengan fahaman sempit politik masing-masing.
Champa: Negara MALA'yu Yang Hilang Dari Peta DUNIA
Ratusan tahun sebelum Bangsa Mala'Yu menangisi kehilangan pulau Singapura, kita telah lama kehilangan satu wilayah yang cukup luas, hampir meliputi keseluruhan pantai timur Indochina. Lebih menyakitkan, wilayah tersebut menyimpan seribu satu rahsia dan bukti ketamadunan awal rumpun Mala'Yu yang pernah menguasai hampir keseluruhan kawasan daratan dan perairan Asia Tenggara.
Negara tersebut, tidak lain dan tidak bukan, adalah Champa, yang telah berhadapan dengan serangan dan migrasi besar-besaran secara berterusan selama ratusan tahun daripada satu kaum yang berasal dari selatan Negara China iaitu Dai-Viet.
Kehilangan Champa sama seperti kehilangan Patani yang mewarisi keagungan Lang-kasuka juga akibat serangan dan migrasi berterusan daripada kaum Thai (Sukothai, Ayutthaya dan Chakri) yang juga berasal dari selatan China.
Champa, atau apa jua panggilan kepadanya, seperti Lin Yi dan Houan-Wang (catatan China), Kembayat Negara (Syair Siti Zubaidah – Perang China), dan Tawalisi (catatan Ibnu Battutah) kini hanya tinggal sejarah dan penduduknya hidup bertaburan terutamanya di Vietnam serta Kemboja dan menjadi kaum minoriti di bumi sendiri.

Kali terakhir Champa berjaya bangkit membela nasib sendiri adalah semasa di bawah pemerintahan Raja teragung mereka iaitu Che Bo Nga, yang dinyatakan dalam lagenda Cham sebagai Binasuar, manakala Sejarah Dinasti Ming mencatatkan namanya sebagai Ngo-Ta-Ngo-Tcho, memerintah mulai sekitar tahun 1360 Masihi. Malangnya, kebangkitan Che Bo Nga ibarat seperti ‘sinar matahari yang penghabisan sebelum terbenam’.
Di bawah pimpinan baginda, Champa kembali bangkit dari tahun 1361 hingga 1390 Masihi dengan melancarkan beberapa serangan balas kepada pihak Dai-Viet dan memenanginya. Baginda bagaimanapun akhirnya mangkat pada bulan Februari 1390 Masihi akibat pengkhianatan salah seorang pengawalnya sendiri yang menyebabkan perahu baginda dikepung oleh tentera Vietnam.
Apa yang menarik, kebanyakan pengkaji sejarah bersepakat bahawa Sultan Zainal Abidin, tokoh yang dinyatakan di dalam sebuah hikayat Mala'Yu tua iaitu Syair Siti Zubaidah merujuk kepada Che Bo Nga itu sendiri, sedangkan kebanyakan pengkaji sejarah Barat bersetuju Raja-raja Champa hanya mula memeluk Islam bermula pada abad ke-17 iaitu berdasarkan catatan seorang paderi bernama M.
Mahot yang bertugas di Champa pada tahun 1676 hingga 1678 Masihi dan mengatakan bahawa Raja dan sebahagian besar penduduk Negara Champa telah menerima agama Islam yang disebarkan oleh orang Mala'yu yang telah ramai berhijrah dan menetap di sana.
Laporan Mahot ini telah disahkan oleh seorang paderi lain bernama M. Freet apabila dia menyaksikan sendiri keIslaman Raja Champa dan telah dihadiahkan sebuah Al-Quran.

Mahkota Kebesaran Champa
Maklumat mengenai Raja-raja Champa khususnya daripada riwayat tradisi Kelantan memberikan perspektif yang berbeza daripada sejarah umum kerana dinyatakan bahawa kebanyakan Raja-raja Champa semasa era Pandurangga (Phan Rang) sebagai ibukota telah beragama Islam dan mempunyai hubungan kekerabatan dan persaudaraan yang erat dengan Negeri-negeri Malayu di pantai timur semenanjung Tanah Malayu.
Sebagai contoh, Raja Bo Tri Tri dikatakan adalah Wan Bo, anak kepada Ali Nurul Alam (Patih Majapahit Barat yang berpusat di Kelantan) serta cucu kepada Sayyid Hussein Jamadil Kubra, tokoh terulung penyebar syiar Islam di Nusantara.
Wan Bo dikatakan telah meninggalkan Patani dan pergi ke Champa menjadi panglima perang untuk membantu bapa mertuanya iaitu Raja Chandranekalawa atau Ban-La-Tra-Toan menentang Dai-Viet. Selepas mengalami kekalahan dalam peperangan pada tahun 1471 Masihi, Wan Bo bersama-sama rakyat Champa yang lain telah berundur ke kawasan selatan yang berpusat di Pandurangga.
Beliau kemudian diisytiharkan sebagai Raja Champa dengan gelaran Sultan Wan Abu Abdullah bagi menggantikan bapa mertuanya iaitu Ban-La-Tra-Toan yang telah ditawan dan mangkat dalam tahanan musuh. Pemerintahannya berakhir sehingga tahun 1478 Masihi dan digantikan oleh dua orang anak saudaranya iaitu Wan Abu Yusof dan kemudiannya Wan Abdul Kadir atau Kou Lai (1478-1515 Masihi).
Riwayat Kelantan juga menyatakan bahawa Datu wilayah Jambu yang juga pemangku Sultan Patani iaitu Datu Nik Musthapa telah kembali ke Champa bagi membebaskan bumi Mala-yu -Islam tersebut daripada pencerobohan rejim Nguyen pada tahun 1570.
Raja Champa, Sultan Yaakub Syahibuddin yang sudah sangat lanjut usianya telah ditawan dan mangkat dalam kurungan sangkar besi semasa diarak ke Kota Hue. Pada tahun 1577, Datu Nik Mustapha membawa 10,000 orang tentera Patani dan bersama anak saudaranya Sultan Adiluddin yang membawa 5,000 orang tentera Kelantan bertolak dari kota Pengkalan Datu, Kelantan dan menyerang Dai-Viet untuk merebut kembali Pandurangga.
Sebahagian besar dari bumi Champa yang telah jatuh ke tangan Dai-Viet sejak tahun 1471 Masihi telah dapat dikuasai semula sehingga hampir ke Kota Hue.
Setelah peperangan tamat dalam tahun 1580, Datu Nik Mustapha telah ditabal menjadi Raja Champa dengan gelaran Sultan Abdul Hamid Syah.
Di kalangan orang-orang Cham dan Vietnam, baginda lebih dikenali degan pangilan Po Rome, manakala orang-orang Kemboja memanggil baginda Ong Tpouo.
Walaubagaimanapun, dalam tahun 1684 Masihi, Champa telah kalah dalam peperangan denga Dai-Viet dan Negeri Kelantan telah dibanjiri oleh pelarian dari Champa termasuklah rajanya sendiri iaitu Po Ibrahim (Po Nrop).
Po Ibrahim kemudian telah berangkat bersama pengikutnya meninggalkan Kelantan dan berpindah ke Kampong Brek Bak di dalam wilayah Cham di Kemboja untuk meneruskan penentangan terhadap Dai-Viet. Putera kepada Po Ibrahim iaitu Wan Muhammad telah diangkat oleh Dai-Viet menjadi Raja Champa bergelar Po Jatamuh setelah baginda bersedia mengakui untuk membayar ufti kepada Kerajaan Nguyen.
Setelah Po Jatamuh mangkat, kekandanya iaitu Wan Daim yang sebelum itu merupakan Datu Negeri Jambu telah diangkat menjadi Raja Champa bergelar Po Top. Dalam tahun 1692, baginda cuba memberontak terhadap regim Nguyen setelah membuat pakatan dengan ayahandanya Po Ibrahim yang sedang berada di Kemboja dan kemudian terjadilah serangan serentak di dalam negeri dan perbatasan Kemboja.
Walaubagaimanapun, Wan Daim tewas dalam peperangan tersebut dan berundur kembali bersama keluarganya ke Patani, sementara ayahandanya Po Ibrahim yang telah tua mangkat di Kemboja dan dimakamkan di Kampong Brek Bak.
Raja-raja Champa selepas itu tidak lagi memiliki kekuasaan penuh sehinggalah Kerajaan Champa dihapuskan sepenuhnya di bawah pemerintahan rajanya yang terakhir iaitu Po Chong Chan.

Sejarah kemegahan dan tamadun Champa yang cukup panjang iaitu memakan masa ratusan tahun tidak cukup untuk diulas semuanya dalam ruangan artikel yang terhad ini. Namun begitu, ianya bagaikan tidak bermakna kerana pada hari ini ianya hanya tinggal sisa-sisa sejarah.
Wilayah kekuasaannya menyusut sedikit demi sedikit dan kini seolah-olah menjadi tanahair asal untuk kaum Dai-Viet. Negara Champa telah merakamkan sisi gelap yang sering menyebabkan kejatuhan sesebuah Kerajaan di Nusantara terutamanya disebabkan perpecahan di kalangan pembesar negara dan penduduk serta pengkhianatan yang dibuat oleh orang kepercayaan sendiri disebabkan sifat tamakkan ganjaran dunia.
Malahan, kebanyakan orang Malayu sendiri pada hari ini tidak kira di negara kita, Singapura, Brunei dan Indonesia pun kadang kala tidak pernah mendengar dan menyedari kewujudan Champa.
Adalah mustahil sebuah negara Champa akan wujud semula pada hari ini. Kadang kala penulis berfikir mungkin ada hikmah yang boleh kita ambil iktibar daripada kemusnahan negara Champa di Indochina. Apa yang kita dapat ambil dari sejarah Champa adalah pengajaran bahawa kegemilangan dan tingkat tamadun bukanlah satu jaminan bahawa sesebuah negara itu akan kekal selamanya, melainkan dengan izin Allah Subhanahu-wataala jua.
Begitu juga dengan kehilangan pulau Singapura, dapat kita pelajari bagaimanakah bentuk dan corak negara kita jika kita tertipu dengan permainan golongan tersebut. Penulis hanya ingin menekankan kepada dua aspek iaitu bersatu dan amanah kepada pembaca sekalian.
Kita boleh berbeza fahaman seperti fahaman politik antara UMNO-PAS, tetapi jangan sesekali menggadaikan kepentingan agama, bangsa dan tanahair sendiri. Pada hari ini. ada berpuluh blog dan laman sesawang yang wujud pada hari ini hanya untuk menyerang mereka yang berbeza fahaman dengan kita, walaupun kadangkala ianya berlebihan hingga 'melondehkan' keaiban kita semua sendiri kepada 'pihak luar', tetapi boleh dibilang dengan jari berapa buah blog yang menyeru kepada mencari titik persamaan dan persefahaman dan menggalakkan penyatuan disebalik perbezaan yang wujud. Jangan menyesal jika anak cucu kita pula kelak pada masa akan datang yang akan menangisi ‘kehilangan’ negara mereka dan menyalahkan tindakan yang telah kita semua buat pada hari ini.
Bolly Enn Side. email: bollyenn@yahoo.co.uk
Bolly Enn Side. email: bollyenn@yahoo.co.uk
Kutaringin : Satu-satunya Kerajaan Mala'yu di Kalimantan Tengah
Sebelum ini, penulis telah paparkan artikel mengenai 12 buah Kerajaan Malayu yang terdapat di Kalimantan Barat, 5 buah Kerajaan Mala-yu yang ada di Kalimantan Timur, serta sebuah Kerajaan Banjar yang wujud di Kalimantan Selatan. Maka kali kini, artikel kedua terakhir mengenai negeri-negeri Malayu di luar Malaysia akan diteruskan dengan menyusuri ke wilayah Kalimantan Tengah pula.

Lambang dan bendera Kerajaan Kutaringin
Di Propinsi Kalimantan Tengah, Indonesia, pernah berdiri sebuah Kerajaan Malayu yang bernama Kutaringin. Kadang kala, nama negeri ini juga dieja sebagai Kota Waringin. Kerajaan ini merupakan satu satu Kerajaan Malayu yang bertahan agak lama di Indonesia, iaitu sejak abad ke-16 hinggalah abad ke-19, dengan 14 orang Sultan kesemuanya yang pernah memerintah.
Walaubagaimanapun, nama Kutaringin ini sebenarnya telah disebut lebih awal, iaitu dalam kitab ‘Negarakertagama’, iaitu apabila Negeri Kutaringin dinyatakan sebagai sebahagian daripada wilayah Tanjung Nagara yang tunduk kepada empayar Majapahit.
Walaubagaimanapun, nama Kutaringin ini sebenarnya telah disebut lebih awal, iaitu dalam kitab ‘Negarakertagama’, iaitu apabila Negeri Kutaringin dinyatakan sebagai sebahagian daripada wilayah Tanjung Nagara yang tunduk kepada empayar Majapahit.

Peta wilayah Kerajaan Kutaringin berwarna kuning
Pada asalnya, wilayah Kutaringin ini adalah di bawah pengaruh Kerajaan Banjar yang berpusat di Kalimantan Selatan. Sebelum wujudnya Sultan yang memerintah kawasan tersebut, Raja-raja Kerajaan Banjar yang menguasai kawasan pantai selatan dan tenggara pulau Borneo telah mengirimkan wakil-wakilnya untuk mengutip cukai termasuklah di wilayah Kutaringin.
Bahkan, para Sultan Kutaringin sebenarnya adalah berketurunan dari Dinasti Banjar. Raja pertamanya, iaitu Pangeran Dipati Anta-Kasuma merupakan anak keempat kepada Sultan Banjar ke-4, iaitu Sultan Mustain Billlah.
Pangeran Dipati Anta-Kasuma telah menggantikan bapa mertuanya, Dipati Ngganding yang sebelum itu merupakan Adipati (lebih kurang seperti Gabenor) untuk menjadi penguasa Negeri Kutaringin tetapi masih di bawah pengaruh Kerajaan Banjar.
Disebabkan itulah, Raja-raja Negeri Kutaringin kebiasaannya memakai gelar Pangeran jika berada di Negeri Banjar, tetapi menggunakan gelaran Sultan di negerinya sendiri. Kerajaan Kutaringin ini mencapai zaman kemuncaknya ketika era pemerintahan rajanya yang ke-7 iaitu Pangeran Ratu Bengawan sekitar kurun ke-18.
Semasa fasa awal pasca kemerdekaan Indonesia, iaitu pada awal Januari 1946, Negeri Kutaringin telah diduduki oleh Belanda dan kemudiannya dimasukkan sebagai sebahagian daripada wilayah Negara Dayak Besar, sebuah negara yang disokong oleh penjajah Belanda bagi memecahbelahkan republik tersebut.
Walaubagaimanapun, Negeri Kutaringin secara rasminya telah bergabung semula di dalam kesatuan Republik Indonesia pada 1 Mei 1950 dan negeri ini ditukar statusnya menjadi sebuah Kabupaten (seperti Bahagian di Sabah dan Sarawak) di dalam Propinsi Kalimantan Tengah.

Istana Kuning, lambang Kerajaan Kutaringin
Dengan berakhirnya kedaulatan Kerajaan Kutaringin, maka para bangsawan dan kerabat Di Raja Kutaringin tidak lagi memegang jawatan-jawatan dalam pemerintahan. Hanya beberapa keturunan Sultan dan bangsawan sahaja yang sebelum itu sudah bekerja sebagai pegawai pemerintahan tetap memegang jawatan di dalam pemerintahan Indonesia yang merupakan sebuah negara bercorak Republik.
Pada hari ini, sebagaimana yang berlaku di wilayah lain di Indonesia, para waris Kerajaan Kutaringin telah sepakat untuk mengangkat salah seorang zuriat kerabat mereka untuk bertindak sebagai Sultan Kutaringin yang baru bagi tujuan melestarikan budaya tempatan dan sebagai penjaga kepada pusaka Kerajaan Kutaringin, termasuklah adat istiadat dan peninggalan leluhur mereka.
Pangeran Alidin Sukma Alamsyah, zuriat kanan kesultanan tersebut telah terpilih dan telah ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kutaringin ke-15 dengan gelaran Sultan Alidin Sukma Alamsyah pada 16 Mei 2010 yang lalu.
Sultan Alidin Sukma Alamsyah, Raja Kutaringin ke-15 bersama keluarganya